Book review : august read 🌺
Hi dan assalamualaikum. Untuk first blog Dailysleep, Sleepyqueen tak tahu nak mulakan dari mana. Ini pertama kali Sleepyqueen tulis blog. Pernah 2 tahun lepas, Sleepyqueen menulis tetapi hanya penulisan ringan seperti cerita romance dalam Wattpad. Hanya satu cerita kemudian terkubur begitu sahaja.
Sleepyqueen memang suka menulis tetapi hanya sekerat- sekerat sahaja la. Nak tulis satu buku tu alamak susahnya. Jadi sebab itu la Sleepyqueen bertukar minat untuk menulis blog.
Untuk blog pertama ini, Sleepyqueen sediakan tiga buku untuk Sleepyqueen review. Sebenarnya banyak buku yang Sleepyqueen dah baca. Tapi kita tunngu turn ya anak-anak semua.
Enjoy!!!
Your dearest Sleepy Partner,
Sleepyqueen
- 𐙚 -
1. Koyak karya Aini Bakar
💐 mystery , thriller
💐 4 / 5 ⭐
Mengisahkan tentang sekumpulan hacker yang terdiri daripada Sid, Dave, Berns, Dip dan H. Hackers ini akan membongkarkan rahsia-rahsia hitam disebalik manusia yang bertopeng.
Another novel yang mak lurveee. Tak membosankan langsung and very interesting. Every pages got me macam "Apa yang akan berlaku lepas ni?"
At first bila fikir balik kan, rasa macam tajuk cerita ni 'Koyak' sebab hackers ni akan koyakkan orang yang mereka hack atau bocorkan rahsia tapi it means more than that. Bila fikir balik semua pihak akan koyak dalam cerita ni. Si Sarif koyak, hackers pun koyak and sekali READERS PUN KOYAK MAT!!! Nak tau kenapa koyak, kena la baca sampai habis! Make sure sampai habis sebab kalau tak baca sampai habis yall takkan tau kenapa kita akan koyak.
2. Bidan karya Nil
💐 non cliche' horror
💐 ∞ / 5 ⭐
My first Fixi collection dan novel ni lah penyebab sleepyqueen akan beli lagi novel Fixi. Sumpah guys yang mana tak pernah baca novel Fixi kena beli SEKARANG! Kalau tak, korang akan menyesal sebab only stick to one thing.
Novel ni sangatlah lurveee. Tak menyesal satu sen pun beli. very non cliche'. Waktu dah order and tunggu buku sampai tu macam sedikit menyesal sebab bila fikir balik mesti buku ni macam typical cerita horror dalam movie. Tapi tidak sama sekali!! Plot dia sangatlah best dan tidak membosankan walau secubit pun. Penulis memang tak bazir satu muka surat kertas pun. Ada selit sedikit romance antara heroin di mana pada akhirnya akan mematahkan hati pembaca kerana iykyk. Tapiiiiii jangan risau sebab at last happy ending juga walaupun tak turns out macam dulu.
Dalam novel ni sleepyqueen rasa macam Cemani tu cool gila. Khaidir pula so sooooo gentleman. Comel sangat character Khaidir walaupun ganas semasa bertempur
3. Bayang Sofea karya Teme Abdullah
💐 mystery , romance
💐 4 / 5 ⭐
My first book karya Teme Abdullah. Beli sebab hype and rasa macam this book suits my interest.
Buku ni best! Cuma macam ada something missing. Contohnya, organisasi yang kacau Danny tu apa cer? Takkan tergantung macam tu je?
Plot twist tu macam pelik sikit dan tak logik. Macam plot twist heroin tu sebenarnya tengah koma, jadi unicirn-unicorn dia nampak selama ni hanyalah mimpi semata-mata.
Worth to read tapi agak spoil sebab Sleepyqueen put high expectation dekat Bayang Sofea. Tapi so far okay je tauu. Penulisan pun cantik. Sususan plot pun mantap!
- 𐙚 -
Alooo. Dah cukup 3 buku untuk Sleepyqueen review kali ni. Sleepyqueen janji kita akan jumpa lagi nanti.
See you on Sleepyqueen's next blog! 💗
Comments
Post a Comment